Versi Online : Hmetro.com.my
Adooiii…pagi tadi pengarah dan aku ke tv3 utk interview melodi..masa interview, ada beberapa org member aku yg call…so lepas interview aku call balik. Rupa-rupanya diorang nak bgtahu yg pengarah dan aku kena hantam kat metro..tergelak jugak aku dan pegarah masa tu..tp suspen jugak..so aku beli la metro sbb nak tahu pasal apa aku kena hantam.
Sebenarnya masa sesi soal jawab preview ari tu aku dah dapat rasa yang ada seorg wartawan tak puas hati dengan cara jawapan aku kepada soalan dia yang menyebabkan org dalam panggung masa tu gelak..aku saja nak buatkan suasana dalam panggung masa tu meriah sikit..hehehe..tp dia terasa pulak..lagipun bukannya aku tak jawab soalan dia betul2. Jawapan serius yang aku bgtau tak pulak dia cover..
Pertama, dia kata aku tak paham soalan dia mengenai penghayatan watak. Sebenarnya aku pada mulanya aku saja berseloroh dan mengatakan susah jugak utk melakonkan watak yang sebegitu (yang ada scene bunuh, rogol dll) kerana aku ni kalau kat luar bukannya seorang perogol. Org dalam panggung dah gelak masa tu…tetapi selepas itu aku bagi jawapan yg serius yang aku ada jugak buat research, observation dan jugak melalui rasa (stanislavsky kata ‘what if’). Tak pulak dia tulis.
Kedua, soalan dia “Asrul, awak poyo tak?”. Dalam hati aku, soalan apa ni?? aku cakap la, sebenarnya kita semua adalah poyo. Kita akan menjadi poyo apabila kita menghadapi situasi-situasi yang boleh menjadikan kita poyo. Takkanla dalam hidup kita takder situasi yang membuatkan kita poyo. Anda sendiri pon akan poyo termasuk lah saya. Lagi sekali semua org gelak. Org yang tak mengaku poyo adalah lebih poyo daripada org yang dituduh poyo. Mungkin dalam hati wartawan tu “siap la ko”.
Ketiga, soalan yang aku dengar “boleh ceritakan sedikit pengalaman awak?” tp dalam paper dia kata dia tanya aku pasal pengalaman dalam produksi tu..so aku tanya la, pengalaman hidup aku (pengalaman bergiat dlm seni) ke pengalaman berlakon dalam filem ni. Lagi sekali org gelak. Muka dia masa tu pon mcm tak puas ati sgt..betul la kan soalan aku tu..selamba dia jawab “apa-apa pengalamanlah…” marah nampak..so lepas tu aku ceritlah pasal pengalaman aku dalam produksi.
Aku rasa video soal jawab ari tu ada kat pihak alternate studio ari tu..
Apa2 pun, aku nak mintak maaf sangat2 kat wartawan metro tu sorang. Mungkin masa tu org ramai dan komunikasi (tahap pendengaran dan interpretasi kepada qna) kita pada masa tu pon terganggu sikit. Memang pon aku banyak lagi kena ‘berguru’ macam yang dia cakap tu, maklum sajalah org baru ditemuramah wartawan. Tp janganla sampai mcm tu sekali libas kitorang, terang-terang lagi tu..
Komen Dari Pengarah Wan Azli sendiri : pelajaran #1: aku poyo
Komen Terkini
RSS