Archive for the 'Catatan' Category

Selamat Hari Raya 2008

Selamat Hari Raya untuk tahun 2008 dan semasa berada di kampung aku cuba sedaya upaya untuk menghadiri majlis-majlis yang aku anggap sangat bermakna dalam hidup seseorang manusia.

Ada beberapa majlis yang sempat aku singgahi untuk meraikan bersama hari yang sangat bermakna tersebut.

PA020099-edit

Tahniah kepada Admin Dikirbarat.net, Sere sempena pertungannya pada 2 Syawal di Pengkalan Chepa. Ambo kenal dia ni semenjak tertubuhnya website dikirbarat.net. dia ni pon banyak jugak bantu ambo masa ambo nak kahwin dulu. Bulan januari tahun depan nanti jangan lupa pulak jemput ambo bersama isteri ambo. Abe mat dah janji nak bersilat sampai pagi.

clip_image004

Tahniah untuk Wan Mohd Sharil Yusri dengan pasangannya yang melangsungkan perkahwinannya pada 3 Syawal di Bukit Gedombak, Pasir Puteh. Ambo kenal dia masa menuntut di UM dan tinggal satu asrama dengannya di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi UM. Masa tu dia dikenali dengan nama Matyi Bolok (sebab ramai sgt nama Matyi). Dia ni salah seorg budak nakal yang baik dan ahli dikir barat Kolej 10 UM pada masa belajar dahulu.

Tahniah Yie. Jaga bini molek2!!

clip_image006

Kahwin jugak akhirnya Abe Aje. Tahniah untuknya dan pasangannya. Kenduri berlangsung pada 4 Syawal di Pengkalan Kubur. Ni lah super senior ambo masa kat Pusat Kebudayaan UM. Dia ni pun pendikir jugak masa belajar di UM dulu. Tahniah Abe Aje!!

Sekarang sebagai guru di Pekan Pahang.

clip_image008

Ni yang last sekali sempat ambo kunjungi. Tahniah untuk Adik Amy dengan pasangannya. Dekat jah dengan rumah ambo, seberang parit tali air. Buat anak banyak2, tak rugi kahwin muda, adik wei..

SEMOGA SEMUA KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT!!! AMINN!!!

Catatan Dari Pasir Mas

Semasa aku berada di kampung (Pasir Mas) dua tiga hari lepas aku terpanggil untuk mengunjungi sekali lagi kedai lukisan yang pernah aku singgah sekali sebelum ini. Tujuan aku adalah untuk ambil gambar dan sembang-sembang dengan tuan punya kedai itu. Lokasi kedai itu adalah di belakang terminal bas SKMK Pasir Mas. Kedai lukisan tersebut dimiliki oleh seorang pakcik yang aku lupa untuk bertanyakan namanya. Dialah juga pelukis yang melukis segala bentuk lukisan di kedainya.

Lukisan 3

Ada dua sebab mengapa aku singgah lagi di kedai tersebut. Pertama, pakcik tersebut menjual lukisannya dengan harga yang sangat murah. Aku pernah membelinya semasa kali pertama aku tersinggah. Kebanyakkan orang yang aku tanya berapa agaknya lukisan yang aku beli itu, ramai yang kata RM200, RM 700, RM300 sedangkan pakcik tu jual dengan harga RM40 sahaja. Walaupun dia tak pakai cat minyak, tapi aku rasa lukisan yang dia jual tu sangat murah. Lagipun kalau dia nak jual mahal, sapa yang nak beli, katanya la.

Lukisan 1

Masa aku beli dulu, aku lupa nak tanya kenapa dia tak letak signature kat lukisan tu? Lepas tu aku tanya dia. Dia jawab, “toksay kita sebab barang kita bukannya register pun. Kalu demo nak sign, kita bulih bui demo berus untuk demo sign sendiri. Takpo, kita tak maroh”. Aku pun hairan, apa yang nak diregister pulak, apa pulak kaitan dengan sign kat lukisan tuh?. Aku cakap, “dok la kalu pokcik sign sekure-kurenya kalu ore tgk org tahu, ni lukisan pokcik, hok pokcik lukih. Jadi kalu ore nak beli sene. Bukenya kita nak ssoho kata lukisan kita”. Lagi pun dia cakap lukisan dia dah merata dalam Malaysia ni. Satu pun dia cakap dia tak sign. Lepas tu dia diam je.

Lukisan 2

Aku rasa kalau pakcik ni melukis kat Pasar Seni dan jual lukisan dengan harga tu, tak menang tangan rasanya nak buat. Tapi susah jugak, kat mana nak cari duit nak sewa tempat kalau lukisan dijual dengan harga murah.

Sutung

Sebab kedua adalah kerana rupa pakcik ni sebiji dengan rupa Sutung Umar RS (pemuisi terkenal tanahair). Malah cara dia bercakap pun memang sama dengan Abe Sutung. Aku macam nak tanya jer apa kaitan dia dengan Sutung Umar RS tapi tak terkeluar. Yang aku tahu (dia bagitahu) dia berasal dari Tumpat dan memang dah lama tinggal di Pasir Mas. Pelanduk dua serupa kot. Dan pernah satu masa aku sembang-sembang dengan Abe Sutung kat Istana Budaya, aku teringat kat pakcik lukisan tu, bila nak tanya, pun tak terkeluar jugak. Satu masa nanti aku nak tunjuk gambar pakcik lukisan tu kat dia sebab dapat jugak aku ambik foto-foto dia.