Skema pemarkahan merupakan pegangan bagi hakim-hakim yang ingin mengadili sesuatu pertandingan. Skema yang disediakan oleh pihak penganjur akan menjadi rujukan bagi para hakim untuk mengisi markah-markah yang diperolehi oleh sesebuah kumpulan yang bertanding.
Seharusnya skema pemarkahan yang dibuat perlulah tepat, mudah difahami, tidak mengelirukan bagi melancarkan lagi penjurian/penghakiman sesuatu pertandingan termasuklah pertandingan dikir barat.
Inidividu yang dipilih untuk menghakimi pertandingan dikir barat pula seharusnya mempunyai kredibiliti dan juga kebolehan dalam membuat penilaian mengenai keseluruhan aspek dikir barat dan tidak hanya mengetahui aspek-aspek tertentu sahaja dalam dikir barat.
Ini kerana bagi aku, dalam pertandingan dikir barat, seseorang hakim perlulah diberikan hak untuk menilai keseluruhan aspek dikir barat dan kaedah ini lagi berkesan berbanding seorang hakim diberikan satu bahagian tertentu dalam dikir barat untuk dinilai, contohnya bahagian muzik.
Pada tahun ini, aku telah beberapa kali dijemput untuk mengadili pertandingan dikir barat iaitu dari peringkat sekolah hinggalah peringkat negeri dan peringkat kebangsaan (kenegaraan).
Apabila diberi file hakim, perkara pertama aku tengok adalah skema pemarkahan. Kali terakhir ialah pada 16 dan 17 Ogos 2008 iaitu pertandingan Dikir Barat Kenegaraan peringkat akhir yang berlangsung di Auditorium RTM Kuantan, Pahang. Seramai 7 orang hakim dijemput untuk mengadili pertandingan tersebut. Apa yang aku tidak sangkakan ialah hanya 4 pasukan sahaja bertanding. Ramai hakim pulak dari pasukan bertanding.
Hakim-hakim Pertandingan
![]() |
|
![]() Pasukan-pasukan Akhir |
Boleh dikatakan setiap pertandingan dikirbarat yang dianjurkan, skema markahnya adalah tidak sama antara satu-satu pertandingan. Terdapat pelbagai versi yang boleh kita tengok. Daripada ringkas sehinggalah terlalu detil (kononnya).
Kebiasaannya, aku memang tidak jadikan skema markah yang diberikan sebagai rujukan untuk permarkahan sebaliknya pandai-pandai aku saja buat skema sendiri dan beri markah kepada setiap pasukan yang bertanding. Ada jugak rakan-rakan hakim yang lain bertindak sedemikian. Mungkin kerana tahap kepengadilan aku tidak setinggi tahap skema markah yang diberikan oleh pihak penganjur.
Tujuan aku menulis berkenaan skema permarkahan dikir barat adalah untuk berkongsi dengan semua penggiat dikir barat berkenaan teknik penilaian markah. Di sini aku akan berikan beberapa contoh skema pemarkahan dikir barat untuk dinilai oleh semua pengunjung di sini (aku amat berharap dapat melihat skema pemarkahan pertandingan dikir barat peringkat Kebangsaan anjuran RTM).
Ini kerana tinggi harapan aku dan rakan-rakan dikir barat yang lain supaya skema pemarkahan dikir barat di Malaysia diselaraskan di setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah atau universiti atau negeri atau peringkat kebangsaan.
Sedar ataupun tidak, kekeliruan berkenaan dengan dikir barat di Malaysia juga sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh ketidakselarasan skema pemarkahan di setiap pertandingan.
Sepatutnya penyelarasan skema dikir barat telah lama dilakukan kerana di Malaysia terdapat beberapa persatuan dikir barat yang boleh dikatakan berpengaruh. Namun berkemungkinan persatuan-persatuan ini sibuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting daripada perkara yang tersebut di atas.











setuju berkenaan dengan penyelarasan skema dikir barat utk kegunaan seluruh peringat di malaysia.
cuma, siapa yang mahu menyentuh berkenaan soal ini? tahukah mereka betapa pentingnya skema pemarkahan kepada penentuan hala tuju dikir barat pada masa dan generasi akan datang?
sudah terhantuk, baru terngadah. namun jangan guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
worih karam singh paria ko nih?
Perihal ini kerap kali daku ketengahkan pada pendengaran pembesar-pembesar dikir, namun hangguk-hangguk ala pok kor menjadi pengalas pada saranan yang ditimbulkan…daku pun kurang memahami apakah fungsi sebenar setiap persatuan atau organinasi besar dikir barat. Berat sangatkah untuk anjurkan satu forum untuk menetapkan dan menyelaraskan skema pemarkahan ini supaya diterima pakai oleh segenap lapisan. Nak tunggu generasi kita jadi presiden dulukah??
kan kita lompat naik, kata nak potong line…
abeyie@arjunasukma
Kecek mengenai skima dikir ni, ambo sediri beso wak skima sediri waktu pertandingan dikir barat Peringkat Serenti Negeri Pahang baru nih. Diadili oleh Cikgu Sulizi (ketua), Abe Megat kito dan Abe Meli Tompok.
Itu pun lepas bicang ngan gu-gu ambo urusetia penganjur. Memang takdok satu skima tetap, jadi ambo cedok daripada 4-5 contoh skima hok beso demo dok guna sblm ni, kucar gi kucar mari buleh ko ambo so skima, bagi ambo kena sangat doh dengan pertandingan kali ni.
Bagi ambo kalu ado puak demo buleh buat so skima comel dan buleh guna untuk semua peringkat, ke’nen sangat ambo. Dengan ada benda-benda gini, dikir kita makin kemas. kalu buleh wak tubek so CD cara nok ngajar dikir ngan lebih comel lagi.
sikit masa lagi saya akan lampirkan contoh2 skima yang selalu digunapakai dan kita bincangkan bersama mengenai skima2 tersebut.
yie…ramai dah tu ppakat nnanyo cd ngajar ddikir tuh…lagu mano heh?
Nok Masuk ahli kelab atau persatuan dikir lagu mana heh? Nok daftar ma’na?
Mungkin organisasi yg sedia ada itu dibuat sekadar untuk jangan di katakan tak ada langsung. Atau pun sebagai wadah untuk memudahkan mendapat bantuan keewangan dari pihak tertentu apabila sesuatu aktiviti hendak dijalankan. Ataupun tidak ada individu di dalam organisasi tersebut yg prihatin dan cuba berusaha kearah untuk menyelaraskan perkara2 begini.
Ada pengadil memandang serius tentang skema pemarkahan ini, dan ada pula pengadil memandang disebaliknya.
kepada zul lubok kawah tu…ambo sarankan demo masuk koperasi dikir barat..kalu nak masuk demo helo la ko zul wisma yang bertindak sebagai pengerusi koperasi dikir barat berhad kelantan…ataupun persatuan pendikir, pengerusinya nor jaafar.. pilihla persatuan hok mana berkenan dihati..
kalau pendikma tu nama jah ada..tapi x aktif pun…
bagi ambo koperasi dikir barat berhad lebih ok la…sebagai contohnya megat nordin dan pok nik lah tok deh dapat rumah baru-baru ni jasa persatuan tu la.
moka wrote:…………
tq be. tak po kawe ejas no tpn nor jaafar nok tanyo dio. jjumpa di Kuantan baru ni tok tepikir pulok nok tanyo. mugo sibok belako, dio jadi hakim dikir peringkat kebangsaan (dgn abe yo sekali)
ooo molek tuh…