Dilema Dikir Barat Sekolah

by admin on July 11, 2008

Sebenarnya hari ini aku baru sahaja pulang dari menghakimi pertandingan dikir barat sekolah peringkat negeri Selangor di Kuala Kubu Baru dan beberapa minggu sebelum itu aku juga dijemput untuk menjadi hakim di daerah Ulu Langat. Kalau nak diikutkan aku dah naik muak menghakimi pertandingan dikir barat sekolah-sekolah ni.

Apa tidaknya, kebanyakan sekolah yang bertanding, kualitinya sama jugak masa aku menghakiminya masa 5 tahun sebelumnya. Sangat teruk. Mungkin jugak disebabkan kawan-kawan yang ajak aku untuk menghakiminya ataupun jauh disudut hati ada ‘angin’ yang mengatasi rasa muak aku lantaran aku gagah jugak untuk menghakiminya.

Aku dapat rasakan kebanyakkan peserta-peserta yang bertanding tidak tahu apa itu dikir barat yang sebenarnya, bentuk persembahan yang sepatutnya dipertandingkan atau mungkin jugak jurulatih yang mengajarnya itu pun sama macam murid-murid yang diajarnya.

Apabila dipersilakan pasukan pertama untuk membuat persembahan, kebiasaanya telahan aku mengenai persembahan tersebut adalah betul; para pemuzik masuk, muzik dimainkan untuk ‘memanggil’ awak2 dan penyanyi masuk pentas.

Awak-awak pula dengan gaya yang sangat jelek semasa masuk ke pentas. Kadang-kadang seperti Red Indian keliling api, kadang-kadang macam orang asli buat ritual ketuhanan malah ada juga yang semacam gaya yang memperpodohkan diri sendiri dan yang lebih tragis lagi semacam memperbodohkan kesenian dikir barat itu sendiri walaupun niat mereka tidak sebegitu. Mungkin gaya tersebut mudah untuk dikreasikan oleh pengajar dikir barat ataupun budak-budak dikir barat itu sendiri.

Pertandingan-Dikir-Barat-1

Adoii….

Pertandingan-Dikir-Barat-2

Hungga hungga!!!…

Persembahan ‘ritual’ itu akan berlarutan untuk masa beberapa minit sehinggalah ada muzik yang mereka reka sendiri sebelum bertabuh. Apabila tok jogho buka sahaja mulut untuk menyanyi, dah mula dah pangkal rambut dikepala berdenyut-denyut. Semasa nak naik ke pentas bukan main menari-nari lagi sedangkan perkara yang sepatutnya tidak diambilkira (ataupun mungkin mereka tak tahu) untuk permarkahan.

Begitu juga dengan tukang karut yang memang betul-betul mengarut. Aku perhatikan sekarang seakan-akan menjadi satu trend tukang karut yang suka sangat terkial-kial terkinja-kinja kat pentas ketika menyanyi. Gaya fizikal yang melampau dan tidak kena dengan persembahan dikir barat. Melodi karut perlahan, karut Kelantan, Wau Bulan ke laut, suara flat pekeliling, pitching berterabur dan entah apa-apa lagi yang dibuatnya.

Pertandingan-Dikir-Barat-3

Apa ni??

Walau bagaimanapun, tidak nampak perasaan bersalah ataupun malu di wajah-wajah budak-budak dikir barat ini malah, mereka begitu bersemangat membawakan apa sahaja yang disuap oleh tok guru dikir barat mereka. Sebab itu mereka sebenarnya tidak boleh dipersalahkan kerana mereka, sebagai murid, mereka akan terima apa sahaja input yang disogokkan oleh guru mereka.

Pertandingan-Dikir-Barat-4

Tukang karut yang suaranya belum pecah (belum akil baligh) sedangkan awak-awak sebaliknya

Aku tak pasti sama ada mereka yang bertangunggjawab menganjurkan pertandingan ini mengambil berat tentang unsur-unsur penting/perkara-perkara perlu yang sepatutnya ada dalam dikir barat. Ataupun memang mereka tak tahu ataupun mereka hanya memandang ringan tentang benda ni semua. Yang penting pertandingan itu berjalan dengan lancar dan juga program ko-kurikulum mereka dapat diisi sepenuhnya.

Terdapat beberapa sebab kenapa kualiti dikir barat sekolah tidak berkembang:

i. pengajar dikir barat tidak tahu dikir barat dengan mendalam

ii. pengajar yang tidak mempunyai sistem mengajar

iii. pendikir-pendikir yang sentiasa bertukar dari tahun ke tahun

iv. masa mengajar tidak cukup

Berulang kali aku ke tandas, berulangkali tongkat dagu, berulangkali aku layangkan otak aku ke tempat-tempat yang merangsangkan supaya aku dapat bertahan di situ untuk menghabiskan pertandingan itu. Selalu aku cuba untuk mengadili pertandingan yang sebegitu dengan aksi “seorang hakim yang professional” iaitu dengan memakai baju batik, pen di tangan, tumpukan sepenuhnya pada pertandingan, hangguk sekali sekala, duduk dalam keadaan sopan, tulis apa yg dilihat walaupun tak tahu apa yang ditulis. Namun aku gagal untuk berlagak sebegitu kerana kebanyakkan persembahan tidak membenarkan aku berkelakuan sebegitu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pasukan yang berjaya membuatkan aku malah hakim-hakim yang lain menikmati persembahannya sehingga habis. Tetapi tak banyak, mungkin 2 atau 3 pasukan daripada 10 pasukan mungkin.

Setelah habis pertandingan, sebelum keputusan kebiasaannya ketua hakim akan memberi ulasan. Satu lagi perkara klise yang akan disebut ialah “tahniah kepada semua kerana dikir barat pada tahun ini amat bagus berbanding tahun-tahun sebelumnya….” Dan seumpamanya. Kadang-kadang hakim yang mengulas terpaksa menjadi hipokrit dengan berkata sedemikian sedangkan kualitinya sama sahaja dengan tahun-tahun yang sebelumnya malah lagi teruk ataupun mereka pun sudah lupa.

Selesai sahaja keputusan dibuat dan diumumkan, beberapa orang guru penyelaras pasukan dikir barat akan menerpa ke arah hakim-hakim pertandingan untuk bertanyakan bermacam-macam soalan. Kebiasaannya ialah; “ sekolah saya dapat nombor berapa?…”, “di mana silap sekolah saya”. “apa yang perlu saya repair?” dan sebagainya. Tidak salah mereka bertanyakan soalah-soalan yang sebegitu tetapi masalahnya adakah jawapan yang diberikan oleh hakim-hakim adalah difahaminya dan digunapakai untuk menambahbaik pasukan dikirnya? Ini kerana bukan cikgu-cikgu itu yang mengajar, mereka hanyalah penyelaras. Mungkin jawapan-jawapan itu untuk dijawab bila ditanya oleh pengetua mereka. Pernah aku bertanya kepada seorang cikgu perempuan yang sibuk-sibuk bertanyakan apa kesilapan murid-muridnya. Saja aku nak tahu jawapan dia. Soalan aku, “part mana yang cikgu nak tahu?” dia jawab, “ntahlah, saya memang langsung tahu apa pasal dikir barat nih”… Adoii…menyirap jer aku dengar jawapan dia. Kalau dia memang tak tahu langsung pasal dikir barat, macamana dia nak faham (dalam masa 2 atau 3 minit) apa yang kita sampaikan. Macamana pulak kalau dia nak bagitahu semula kepada murid-muridnya? Aku percaya, mesej yang akan disampaikan kepada murid-murid tidak sama dengan apa yang diterimanya.

Selain daripada murid-murid dikir barat yang memang mempunyai bakat dalam dikir barat dan juga ada ‘music sence’, ada 2 perkara perlu yang penting untuk menaikkan lagi kualiti dikir barat sekolah-sekolah;

i. tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam di bidang dikir barat. Tahu mengenai teori dan juga praktikal.

ii. Tenaga pengajar mestilah mempunyai system pengajaran yang tersusun, terancang dan teratur supaya apa yang diajar dapat diterima dengan sepenuhnya oleh pendikir.

Pertandingan-Dikir-Barat-5

Pertandingan-Dikir-Barat-6

Kumpulan yang akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan ini mendapat didikan yang sebetulnya berkenaan dikir barat daripada pengajar dikir barat

Aku rasa ada juga yang beranggapan aktiviti dikir barat sekolah-sekolah yang dianjurkan setiap tahun hanyalah sekadar untuk memenuhi calendar aktiviti ko-kurikulum sekolah. Mereka tidak mengambil berat (mungkin juga tidak tahu bagaimana) mengenai perkara-perkara ‘wajib’ yang perlu diisi dalam dikir barat itu sendiri. Walau bagaimanapun ucapan terima kasih harus diberikan kepada sesetengah tenaga pengajar dikir barat yang amat menitikberatkan perkara-perkara ‘wajib’ tersebut.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

{ 2 trackbacks }

Blog Seni Tradisional Melayu | Weblog Salam Pantai Timur
07.23.08 at 2:40 am
Artikel : Dilema Dikir Barat Sekolah | www.dikirbarat.net
07.23.08 at 3:12 am

{ 38 comments… read them below or add one }

1 arjunasukma 07.13.08 at 12:14 pm

Sebetulnya itulah yang sebenarnya terpahat di lubuk syahnulvariku…tapi apakan daya, dikir barat mengikut pandangan sesetengah cikgu hanyalah seni picisan dan tempelan waima murahan maka peruntukan masa, keperluan dari tenaga kepakaran sepenuhnya dipandang enteng..lantas mutu dan tahap dikir barat itu sedikit demi sedikit dilenyapkan secara tidak langsung…

Apalah sangat kudrat yang ada pada sang Qarun jika landasan lapiknya hanya tikar buruk lagi usang menjadi pengalasnya..

arjunasukma@abeyie

2 Lokanbertepuk 07.17.08 at 7:31 pm

Komen ini elok juga sebagai panduan kepada pengajar2 dikirbarat di-
sekolah seluruh Malaysia. Sekurang2nya tahu mana yg perlu dititik beratkan dan yg mana pula sebagai penghias sahaja.

3 abeJo 07.24.08 at 11:57 am

Sememangnya inilah masalahnya dengan dk barat sekolah. Malah di sesetengah negeri, bukan sahaja cikgu /guru penyelaras tak faham ttg dk barat, malah pemilihan pengadil pun dibuat secara tangkap muat je. Akibatnya keaslian seni berdikir itu bukan lagi menjadi kriteria utama pemarkahan, sebaliknya setakat mana kumpulan itu dapat menarik dan menghiburkan pengadil (maaf) pula yang diambil kira. Sedih sungguh kawe….

4 kitaro 07.25.08 at 10:26 am

nampak senang tapi tak mudah,itu lah dikir barat..tapi tak dinafikan sekarang ni banyak dah perkembangan walaupun sesetengah sekolah masih pada level lama..yang penting cikgu atau pun pengajar tu sendiri kena ’study’ dulu dikir barat betul betul..tidak boleh dengan hanya pandang dengar..aspek dikir barat dari A ke Z kena tau..takleh dari segi praktikal pun tapi kalau teori kita tau pun kira dah ok..paling tidak kita tau APA SEBENARNYA DIKIR BARAT ni..apa yang PERLU ADA, apa yang TIDAK BOLEH ADA, dan apa AKSESORI yang kita boleh ataupun perlu tambah..buang masa dan buang tenaga jer kita berlatih sampai tubik urat semerih tapi kita LARI FORMAT..kesian jugak dengan budak2 tuh..fikir fikir lah k..Wassalam

5 mahsan 07.30.08 at 9:42 am

kebanyakan sekolah d klang valley tidak mendapat tunjuk
ajar daripd jurulatih bertauliah ataupun original dikir barat..sebab tu..dikir barat dah jadi tarian zapin..he he

tp tak di nafikan ada jugak ade beberape buah sekolah yg begitu menonjol original dikirnyer cthnyer sm Dato Harun
ya la..menjadilah kalo dapat didikan dari jurulatih
yg tahu..dikir barat..

6 mahsan 07.30.08 at 10:18 am

bercakap pasal komtemporari..inilah yg cuba dibuat oleh pendikir2 ini…tp dgn cara yg salah…tunjuklah cara yg betul pd adik2 ni..bidas dgn sebuah pantun

make ulam pucuk pengaga
palu gendang tangan bernanah
budaya seni tidak dijaga
habih licin punah ranah

ewahhhh….

7 arjunasukma 08.01.08 at 5:17 pm

kuah mahsan pong..mahsan chicha tinggi ko ni?

8 mafaka 08.04.08 at 11:25 am

yo lo doh tow…mahsan mano lagi…sore tu jah mahsan dalam dunia nih..Asan KB

9 moka 08.06.08 at 5:26 pm

selamat pengantin baru kepada pegawai kebudayaan um.. semoga bahagia selama2 lamanya…walau tidak dijemput…(dgr jauh2 jah)

10 moka 08.06.08 at 5:40 pm

aci gapo payah nk ngajar bdk2 dikir sekolah yang x pernah dgr lagu dikir barat..terutamanya bdk2 perempuan..satu cabaran bagi tenaga pengajar

11 moka 08.06.08 at 7:05 pm

T((ukang karut yang suaranya belum pecah (belum akil baligh) sedangkan awak-awak sebaliknya))

gamabr hok tajuk ni ingat ambo masa tanding dkt kdu kolej bulan lepas..nyo blh menang puak dio..sumbang bangat
tok joro

12 mahsan 08.08.08 at 2:22 pm

sapo arjunasukma ni…kawe tak kenal
gedebe bena napok..hikk hikk

13 moka 08.08.08 at 2:56 pm

sek2 gedebe zaman kawasan tanah merah..xdok ore la kalu bkn dio

14 mahsan 08.19.08 at 9:38 am

ummm….kenal bedooh bena laaa…kalo ore gedebe tanah merah
gak…napok tak jijok agin mano malu bano ngan cik alim
male tuuu

15 KGGK 08.21.08 at 10:32 am

heheheh … mcm red indian … itulah antara dilema kalau seni diperkembangkan, kadang2 orang yang mengajar tu pun takda asas sangat ataupun terlalu mahukan menang, sebab itu dicipta gerak2 baru yang sakit benar mata memandangnya! Dalam pertandingan gendang silat di sekolah2 juga berlaku macam tu … hehehe

16 Zul Lubuk Kawah 08.31.08 at 6:19 am

be, keluarkan satu cd utk ajar budak di’kir. ambo ngajar pun ma’in beda jah. ikut format ada atas kertas hok JPN bui.

17 mafaka 10.08.08 at 1:58 pm

gini…mungkin tak lama lagi ada yg akan terbitkan cd ngajar dikir dari A-Z..tggu..

18 juka 10.09.08 at 11:49 pm

kemas Yo, kalu demo wak tubek cd tu, ghoyak mari deh. ddalam cd tu cerito sikit lagu mano pemarkahan dan kalu buleh biar menyeluruh semua skop mulo dr ngajar sapa ko ttanding. kkenen benar ambo.

19 delyla 10.17.08 at 5:47 pm

kecian nyer

20 juka 10.17.08 at 7:08 pm

walau apa pun, perkara yang penulis rumuskan itu adalah satu kenyataan. Dalam pertandingan dikir barat peringkat sekolah yang berlangsung di Bera (Pahang) baru2 ni adalah satu pengajaran. Sebenarnya pengadil juga terkena perang saraf yang dilakukan semasa naik pentas. Memang galak dan memberangsangkan kalau tengok dari tarian naik panggung yang dilakukan oleh wakil bera, tapi tok jogho hancuss. seorang kawan daripada UM ada sekali pada hari tersebut amat terkilan dengan keputusan hakim yang agak berat sebelah.

soalannya:
1. adakah hakim tahu format dikir iaitu perbezaan lagu matang, kreatif, bebas dan lagu rakyat (jogho) lirik 2 baris dan 4 baris.
2. adakah hakim tahu naik panggung rancak dan memberangsaankan itu dapat markah atau tak?

Kalau tahu mengapa keputusan begitu????????

Sbb daripada pengamatan saya, adalah terlalu jauh perbezaan yang saya nilaikan dan begitu juga yang dinilaikan oleh kawan2 saya daripada daerah yang berlainan. namun yang lain pula jadi. bagi saya daerah Lipis yang juara. begitu juga kawan2 saya. format lagu salah, tukang karut tersalah rima, tih jogho hancuss, masih ada tempat, apa niii?? sebab tu saya inginkan satu format dan cara mengajar yang betul2 boleh diterima pakai daripada mereka yang bertauliah.

21 slockkere 12.23.08 at 12:06 pm

Saya rasa ianya kenalah tekankan cari hakim2 bertauliah yg tahu selok belok dikir barat. Jika pasukan kamu bagus skali pun diatas pentas, jika hakim2 itu tidak tahu untuk menilai apa itu dikir barat akan tidak kepuasan hatilah tok guru2 yg duduk dibawah hee hee…

Masalah2 begini biasa dah berlaku pada setiap daerah ataupun Negeri masing2 dan kadang2 paling menyedihkan skali hakim2 peringkat kebangsaan pun masih BUTAA!! belum tentu dapat menilai yg terbaik dimata mereka..

Bila dtgnya setiap pertandingan sekolah2 dan keputusannya mesti tidak kepuasan hati.. Kenapa benda2 ini masih berlaku tiap2 tahun.. Susah kita nak bercakap dan menilai sesuatu disini seharusnya ianya kena pratikal bukannya atas kertas blh sembang aje…. kadang2 tu saya tgk jurulatih lebih syok pada anak murid nak masuk bertanding.. fikir2kan lahhh……..

22 juka 12.27.08 at 4:00 am

terimo kasih abe slockkere

23 pakyapramlee 02.12.09 at 12:54 pm

Saya amat tertarik dengan ulasan dan komen tentang penghakiman pertandingan dikirbarat yang dibuat oleh tuan-tuan semua. Untuk makluman saya juga pernah terlibat dalam penghakiman ini dari penganjuran peringkat sekolah menengah, pusat pengajian tinggi, dan
Jabatan Penerangan Malaysia sehinggalah keperingkat kebangsaan.

Memanglah tidak semudah yang diperkatakan dalam menilai tahap persembahan sesebuah pasukan, kerana terdapat juga sesetengah panel hakim yang berat sebelah. Tetapi apa yang lebih penting adalah kejujuran dalam menilai.

Kita semua harus mengakui bahawa bukan mudah setiap pasukan hendak mempersembahkan sebuah persembahan dikirbarat yang bermutu. Tetapi pada hakikat nya semangat ingin bertanding adalah boleh dianggap sebagai hasrat yang mulia dalam memperkembangkan seni dikirbarat.

Oleh itu saya menyeru kepada semua peminat atau penggiat seni dikirbarat janganlah berputus asa, walaupun terpaksa menghadapi banyak kekurangan dalam persembahan. Teruskanlah persembahan tuan-tuan semua, nescaya suatu ketika persembahan akan menjadi lebih mantap dan bermutu.

Sekian secara ringkas dari saya pakyapramlee peminat dikir jok kecik lagi..

24 mafaka 02.12.09 at 4:41 pm

betul tu abe ya pramlee kita. igtkan pakya ptai dale..baru sekejap takdi saya ada bersembang dengan yie kastam/arjunasukma pasal ngaja ddikir pasal ngaja dk. lagi banyak kita ngajar, lagi banyak masalah yg boleh kita ketemui. tok joro suara sengau laa, awak2 tak tau tempo laa dan mcm2 lagi..kalau ikutkan hati..aduhai..tak tahu nak cakapla kalau jumpa dgn anak murid yg sebegini. tp kita anggap semua itu sebagai satu cabaran untuk mematangkan kita dalam bidang ini. kesabaran di peringkat maksima memang perlu ada. kalau tam, memang tak sampai ke mana.

tok ngaja dikir dah ko lloni abe ya wei??

25 Cikgu_Adham 02.13.09 at 11:56 pm

slm be.. kalo ada cd nk ngajar dikir, royak la deh heh heh.. act kawe pun sokong juga la.. mmg sgt menyampah jugak la bilo terlalu byk menda tokok tmbah yg tak sepatutnya dlm persembahan especially semasa nk masuk/keluar pentas.. bukan ada markah pon tu.. doh la buang masa je.. sangat boring tgk ritual keluar/masuk pentas ni.. wat memanjangkan masa bertanding jah.. atau pon dengan ringkasnya membuang masa pertandingan sahaja..

potong je markah kalo persembahan meleret2.. buang masa pengadil.. yg penting sekali buang masa penonton.. kita bukan nk tgk gaya masuk/keluar pntas.. tapi nk tgk dikir barat yang masih kekal dengan nilai keaslian dia..

masa zaman sekolah dulu pon kawe pernah join pertndingan ni sampai mrwakili daerah kuala kangsar.. masa tu kita buat team sndiri jah tanpa tunjuk ajar dr cikgu sebab semua ckgu tak tau dikir (Sek kawe sek SBP yang tak banyak cikgu dr kelantan).. maka kawe dengan member dr kelantan sendiri la yang ajar member2 dr luar utk nyanyi lagu dikir semasa d sekolah.. kira tu kenangan kawe la sebab hanya ada 3 orang je budak kelantan dlm team sekolah kawe

tp sekarang dh jd cikgu, dan nk ajar budak2 iban di kapit plak heh heh heh.. banyak gk kawe kena belajar nih dlm pedagogi mengajar dikir heh heh heh

kawe rasa la, bagi pihak yg pakar.. kita kena bncangkannya dengan lebih ilmiah. kena wat kajian / research untuk mengembangkan lagi kesenian dikir nih dgn mantap tanpa mengubah keasliannya yang asal. sebabnya kawe percaya, semua wrga malaysia meminatinya termasuk la warga kapit di sarawak tempat kawe ngajar nih..

maka, kalo ada apa2 bleh la kita bncang semula deh.

thank u byk2

26 juka 02.16.09 at 3:14 am

bagus, byk bbincang, bbyk ilmu

27 Cikgu_Adham 02.16.09 at 11:29 pm

ya ya

28 arjunasukma 02.17.09 at 2:02 pm

cikgu adham tu..kapit ngajar skolah mana? Selirik? Kapit I or kapit II?

29 Cikgu_Adham 02.18.09 at 9:38 pm

kawe ngajar d smk selirik

30 arjunasukma 02.19.09 at 1:25 am

oo..jadi pembantu cikgu ahmad la bokali..

31 Cikgu_Adham 02.19.09 at 9:45 pm

yap yap.. ckg Amad dia cocentrate ke tarian la kut.. kawe try masuk kut dikir barat la dgn bantuan ckg Ahmad

32 moka 02.19.09 at 10:08 pm

jgn lupa dapatkan vcd teknik asas muzik dikir barat dari akademi arjunasukma layari http://arjunasukma.com

33 arjunasukma 02.20.09 at 12:20 am

short cut short term slalu..hahaha..mudah crito..kirim salam ko cikgu ahmad toww..royak kawe kirim salam..dia kenal rasanya..wlau ambo xssoho pun..hehe

34 Cikgu_Adham 02.21.09 at 8:02 pm

kawe oyak dh pg td.. doa senyum jeh.. dia kata nnt dia nk beli cd la dgn demo tu… nnt kawe pon nak tunggu gaji masuk.. kira demo pos cd hok ckg Ahmad sekali dgn kawe la

35 moka 02.22.09 at 2:07 am

nak tgu gaji dulu nah…mahal sangat ko vcd tuh…hehehe

36 Cikgu_Adham 02.22.09 at 3:16 pm

uih mahal tu kalo murah dia kira 2-3 puloh sen jah heh heh heh.. xpa la deh…

37 arjunasukma 02.22.09 at 10:04 pm

bereh..slamat beli..keke

38 boy 06.19.09 at 5:19 pm

kawe minat dikir nie…..

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post: Catatan Dari Pasir Mas

Next post: Isu Skema Permarkahan Dikir Barat - Bahagian 1