
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bentuk kesenian tradisional. Di setiap negeri di Malaysia boleh dikatakan mempunyai seni persembahan tradisionalnya yang tersendiri walaupun mungkin kesenian tradisional tersebut adalah saduran/diambil daripada kesenian tradisional daripada negara lain.
Di Perlis-Awang Batil, Perak-Hadrah, Kedah-Mek Mulong, Jikey, Negeri Sembilan-Randai, Selangor-Cempuling, Melaka-Dondang Sayang, Terengganu-Rodat, Johor-Kuda kepang, Barongan, Kelantan-Mak Yung.
Walau bagaimanapun apa yang ingin saya hamparkan di sini adalah kebanyakkannya adalah mengenai kesenian tradisional masyarakat Negeri Kelantan.
Selain daripada Mak Yung, Kelantan juga terkenal dengan persembahan wayang kulit, rebana ubi, rebana kercing, dikir barat, dikir laba di mana kebanyakan kesenian-kesenian tersebut masih lagi dipersembahkan di Kelantan malah di luar negeri Kelantan juga.
BERSAMA KITA TEROKAINYA!!



Komen Terkini
RSS