Ya Allah…ish ish ish…sialnya..macam gampang..terkejut babi aku dibuatnya…selepas aku menonton satu video klip dalam youtube, perkataan2 itulah yang berkocak di kepala hotak aku. Video klip penyanyi dikir barat perempuan Kelantan. Kalau tak silap aku, tajuknya ‘Jagoh 3 Pesona Dikir’. Apa plak tak terkejut, video klip iras2 video klip minah dangdut gelek yang mengghairahkan dari Indonesia. Aku rasa video klip ni 100% dibikin di Kelantan dan semua tenaga kerjanya adalah Kelantanese.
http://www.youtube.com/watch?v=a9bzw_Fclcc&feature=related
Yang aku terfikir, orang-orang Kelantan di Kelantan tak marah ke dengan video klip yang sebegini?? Aku, orang Kelantan yang tinggal di KL pon terkejut bila tgk video klip mcm tu. Aku pasti, budak penyanyi tu sah2 orang Kelantan. Pakai skirt singkat, pakai tube menari ala2 Thai Girl Show, siap ada laki pegang pinggang lagi. Budak2 mana la yang kemaruk sgt nak masuk VCD tuh. Berapa sen la budak2 dibayar, ntah2 budak tu yang bayar tukang buat cd tuh.
Apa yang aku nak katakan ni ada kaitan jugak dengan Budak Kelantan. Aku dah banyak baca blog2 yang ada review pasal Budak Kelantan. Selain dari pujian, ada jugak maki hamun Budak Kelantan dari orang2 Kelantan sendiri ataupun yang mengaku Kelantan. Bila aku tengok jer video klip tadi, Budak Kelantan yang ditayangkan tu tidaklah seteruk mana pon. Lagi teruk video klip tu. Aku rasa ramai orang yang boleh fikir kenapa. Kepada pemaki hamun filem Budak Kelantan, korang tengokla dulu video klip tu sebelum korang palatkan filem Budak kelantan. Macamana video klip yang sejelek itu boleh lepas untuk dijual di khalayak ramai dan pastinya kepada orang2 Kelantan. Aku risau jugak vcd video klip ni dibeli oleh Abe Lan gulai kawoh Pantai Dalam dan ditayangkan di kedainya untuk jamuan mata para pelanggannya. Dan bagi aku juga, benda ni takkan dibuat kalau takder permintaan. Apa dah jadi dengan masyarakat yang meminati hiburan di Kelantan?? Ataupun pembikin video klip ni saja nak test market?
Kalau anda semua nak tahu isi kandungan video klip tu, anda carilah di youtube tajuk yang aku berikan tu.
Pada 13 November lepas berlangsungnya persembahan syair-syair Melayu di Taman Budaya Kuala Lumpur. Penulis telah dijemput oleh Dr. Nasir (salah seorang peserta yang membuat kajian berkenaan syair) untuk menjadi pemuzik bagi mengiringi persembahan syair pada malam tersebut.
![Syair_thumb[1] Syair_thumb[1]](http://www.mafaka.org/wp-content/uploads/2008/11/syair-thumb1-thumb.jpg)
Pemuzik, penari dan pembaca syair yang membuat persembahan
Baru aku tahu bahawa terdapat 13 jenis melodi syair Melayu yang sangat menarik antaranya ialah:
1. Melodi Dakwah
2. Melodi Tok Kenali
3. Melodi Dodoi
4. Melodi Pekan Baru
5. Melodi Perindu
6. Melodi Hiasan
7. Melodi Perantau
8. Melodi Istana
9. Melodi Narasi
10. Syair Batang Kuis
11. Melodi Bilal Osman
12. Melodi Temenggong
13. Siti Zubaidah
Namun aku percaya, ramai yang tidak pernah mendengar melodi-melodi syair yang disebutkan di atas kecuali Syair Siti Zubaidah. Pujian seharusnya diberikan kepada Para Pengkaji dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atas usaha mereka dalam memelihara salah satu warisan kesenian Melayu ini.

Penulis bersama Tuan Haji Ali Badron Haji Sabor iaitu individu yang diiktiraf sebagai warisan orang masih hidup di bidang syair.
Antara pembaca syair pada malam tersebut antaranya ialah Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman, Meriam Awang Lah, Wan Ismalinda Wati Wan Ismail, Tuan Haji Ali Badron Haji Sabor, Sarbanun Abdul Kadir Marican, Datin Prof. Dr. Sri Nurestri.
Semenjak Budak Kelantan (BK) ditayangkan di pawagam, aku telah beberapa kali dijemput oleh rakan-rakan wartawan untuk sesi photoshoot dan juga untuk interview. Buat masa sekarang aku sememangnya lebih senang bila dipanggil untuk sesi fotoshoot berbanding dipanggil untuk berlakon (berlakon buatkan aku berfikir banyak perkara). Lagipun fotoshoot tu aku anggap ianya sebagai satu promosi untuk BK.
Ceritanya, 2/3 hari lepas, aku mendapat panggilan daripada Yusri GBSB (yang selalu menjadi perantara aku dengan wartawan) untuk sesi fotoshoot bersama Huzz dari URTV di Shah Alam. Dia kata Bienda dan Danny juga ada sekali. Bagus la kalau macam tu. Aku lebih suka digandingkan dengan rakan pelakon yang lain semasa sesi fotoshoot dan sebelum ini pon memang begitu. Kerana kalau aku sorang2, buatkan aku rimas dan poyo beraksi depan lensa dengan posing yang entah apa-apa. Kadang2 posing bangla amik gambar pon ada masuk. Lagipon kalau ada rakan pelakon yang lain, boleh la aku menumpang keartisan diorang sebab aku bukannya selebriti!!
Sambil aku minum sorang2 di lokasi fotoshoot dan menunggu Huzz sampai, aku call Danny…sekian…rupanya si Danny tak dapat datang sebab dia ada shooting. Takpe lah Bienda ada. Aku call Bienda dan tanya dia kata mana..mampos…Bienda pon tak dapat datang, ada shooting jugak..so aku sorang je ke??…aku dah rasa macam nak balik dah. Bila Huzz n da geng sampai, aku ikut diorang ke lokasi sebenar fotoshoot. selepas naik lif then naik tangga, rupa2nya lokasi fotoshoot tepi kolam mandi!! ah sudah… Tapi aku buat selamba jer. Padahal dalam hati aku dah rasa macam2 dah…siot.. Dua tiga kali aku tukar baju dan posing tu posing ni, nasib baik takder posing pakai seluar pendek tak pakai baju berendam dalam kolam. Ada jugak terkeluar dari mulut cameraman, suruh aku pakai seluar pendek jer…nak mampos???sumpah aku taknak. Tapi aku sedar jugak ada posing2 yang aku rasa macam gampang jer…koya best!! mampusla aku kena kutuk dengan member2 aku lepas ni.
Saja aku kecikkan gambar sbb aku nampak lebih kembang dari Huzz
aku harap pada sesiapa yang kenal aku, tertengok gambar aku nanti, tgklah dengan positif…hehehe.. balik je rumah lepas sesi fotoshoot, terfikir aku sorang2…koya bestnya aku tadi…artis konon…
p.s: Tq Huzz n da geng untuk photoshoot tempoh hari
Komen Terkini
RSS